Sunday 26 January 2014

TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU







http://pnpbmkomputer.blogspot.com/2011/05/http2.html

TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET












ETIKA KOMPUTER
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat 

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  • Penggertak
  • Penyalahgunaan Internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian Cetak Rompak
a) Penggertak:
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
b) Penyalahgunaan Internet:
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
c) Virus:
  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
d) Hak cipta Terpelihara:
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
e) Perisian Cetak Rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  • Keseimbangan
  • Keizinan termaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah

7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

10. Gunakanlah komputer secara bertimbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Buka Microsoft Publisher 2010.



2. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.
 
3. Langkah seterusnya memilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur). Contoh design yang dipilih ialah Bubbles.




 4. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.




5. Setelah itu masukkan butiran seperti:

  •     Tajuk program yang akan diadakan
  •     Nama penaja
  •    Tarikh dan hari program akan diadakan
  •     Aktiviti yang akan dijalankan
  •     Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan
Paparan brosur setelah diedit menggunakan Microsoft Publisher 2010
6. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

TAJUK 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU














MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

1.1 Apa itu ‘Enjin Pencarian?

  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • Enjin pencarian dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. 
  • Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan. 

1.2 Tujuan Enjin Pencarian

  • Tujuan (konteks pendidikan). 
  •  Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. 
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

1.3 Jenis Enjin Pencarian.


1.31 - Dimanakah enjin pencarian dapat dilihat:

Tempat enjin pencarian dapat dilihat, seperti di bawah;

Enjin pencarian Google




Enjin carian Yahoo.com



1.4 Cara Mengkategorikan Maklumat 
  •  Video 
  • Gambar 
  • Ruangan 
  • Lagu 
  • Multi 
  • Permainan
  •  Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet;
  1. Mengenalpasti tajuk. 
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari. 
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat. 
  4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan).
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.



Bahan Pengajaran KSSR

Modul KSSR

Wednesday 22 January 2014

Tapak Pembelajaran

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
< Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
   Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
    Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet.
< Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
< Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
<Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.
< Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
 Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
Minta murid melayari laman web yang disediakan
Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
Guru membuat kesimpulan.

Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH 1 :
< Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
< Lihat contoh portal pendidikan di bawah :



LANGKAH 2 :
<Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
< Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
< Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :


LANGKAH 3 :
< Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
< Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
< Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
< Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
< Lihat contoh di bawah :


LANGKAH 5 :
< Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
< Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik :


< Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
< Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.

Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 0845-0945 (60 minit)
Tahun : Tahun 1 Bendahara
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk Pelajaran : Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan Murid : 30 orang
Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
Membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar.
Mengetahui dan menceritakan 5 cara menghapuskan tempat pembiakan aedes.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Bercerita berdasarkan video
Membina ayat secara berkumpulan dan individu
Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat nyamuk aedes
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Pendidikan Sivik, Pendidikan Kesihatan
Nilai - kerjasama, tanggungjawab, berbudi bahasa
ENT :
Kemahiran Berfikir - menjana idea untuk membina ayat tunggal
Kemahiran Belalajar Cara Belajar – belajar secara berkumpulan
Kontekstual – kebersihan persekitaran rumah
Kecerdasan Pelbagai – interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal
EMK : Inovasi dan Kreativiti
Sistem Bahasa : Ayat Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar

LANGKAH/
MASA
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Gambar mangsa demam denggi
1. Murid melihat gambar.

2. Mengaitkan dengan tajuk Tiada Aedes Tiada Denggi.
BBB:
Gambar 1,LCD

ENT: Kontekstual
Langkah 1
(10 minit)
Kitaran hidup nyamuk aedes
1. Murid melihat dan memahami kitaran hidup nyamuk aedes.

2. Murid membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar kitaran nyamuk.

3. Beberapa orang murid membentangkan ayat.

BBB:
Gambar 2,LCD

Tatabahasa: ayat tunggal

ENT:
Kemahiran berfikir, verbal-linguistik
Langkah 2

(10 minit)
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes kepada murid.
1. Murid menonton tayangan video.

2. Murid menceritakan kembali mengenai tempat aedes membiak berdasarkan video yang ditonton kepada rakan.

3. Beberapa murid menceritakan kembali mengenai video yang ditonton di hadapan kelas.
BBB:
Video, LCD

ENT: Verbal Linguistik, interpersonal

Nilai: Kerjasama, berbudi bahasa

Ilmu:
Pen. Kesihatan dan Sivik
Langkah 3
( 15 minit)
Berbincang secara berkumpulan.
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai 5 cara untuk mengahapuskan tempat pembiakan aedes berdasarkan gambar yang diberi.

3. Secara berkumpulan, murid diminta menceritakan tentang cara-cara menghapuskan aedes secara bergilir-gilir menggunakan ayat tunggal. (seorang murid satu cara)
EMT: Kreativiti
ENT: Kemahiran Belajar, verbal-linguistik

BBB:
Gambar 3

Nilai: tanggungjawab, kerjasama

Tatabahasa:
Ayat tunggal
Langkah 4
(15 minit)


Pemerhatian pembentangan murid.
Pentaksiran:

Penilaian berdasarkan aktiviti yang dijalankan


Pemerhatian

ENT: Kemahiran Berfikir, intrapersonal
Borang pengurusan grafik
Pengayaan
1. Melengkapkan peta minda yang disediakan. (lembaran kerja 1)
EMK: Inovasi
BBB:
Lembaran kerja
ENT:
Intrapersonal, kontekstual


Padanan ayat
Pemulihan
1. Memadankan ayat dengan gambar.
2. Tanda jawapan yang betul. (lembaran kerja 2)
Penutup
(5 minit)
1. Penutup kognitif;



2. Penutup sosial
1. Murid diingatkan mengenai cara menjauhkan diri daripada penyakit demam denggi.

2. Murid diminta memberi pendapat mengenai perkara yang harus dilakukan oleh masyarakat untuk menghapuskan aedes.
Nilai: bertanggungja-wab
ENT: kontekstual
EMK:
Kreativiti

Refleksi :
<        Kelemahan:









<        Kekuatan:









            Penambahbaikan:










GAMBAR 1

GAMBAR 2


GAMBAR 3

TAPAK PEMBELAJARAN