Sunday 16 February 2014

Tajuk 8 : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian dan Luar Talian Pengajaran

Pengenalan


  1. Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet.
  2. Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. Dimana, tiada penggunaan internet, tetapi boleh digunakan. Hal ini bermaksud , pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.

  3. Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun, dan disimpan di dalam satu fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan Pengajaran Secara Atas Talian


Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah : 


1. Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian.






2. Melaksana simulasi pengajaran atas talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.

LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan

Interaksi 8 : Pengajaran Bahasa Melayu Atas Talian Dan Luar Talian





Tuesday 11 February 2014

Tajuk 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kandungan :

- Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
- Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
- Membina bahan.







Dengan menggunakan pengaplikasian model pemprosesan maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, maka pengajaran dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat. Sebagai contoh, dengan menggunakan laman web yang ilmiah seperti Tutor Pendidikan Utusan maka pengajaran dapat dijalankan dengan lebih menarik dan  interaktif.
















Portal Pembelajaran Tutor

Portal Pendidikan Utusan (Tutor)

Tuesday 4 February 2014

Tajuk 6 : Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan P&P Bahasa Melayu

Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran

Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


Struktur Komposit

Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Struktur Linear
Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


Struktur Rangkaian

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

TAJUK 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU








Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.



Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau dijangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Pemilihan Bahan Sastera


Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusasteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:



Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan adalah seperti berikut:


Pemilihan bahan sastera juga perlu mengambil kira aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek tersebut ialah:


2. Pemilihan Bahan Tatabahasa
Tatabahasa merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus dilihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa:



3. Pemilihan Bahan Bidang Lain
Bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL.


Antara contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:

 

















TAJUK 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU