Kemahiran Berbahasa

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

KEMAHIRAN MENDENGAR

1. Kemahiran mendengar merupakan satu proses yang melibatkan dua kemahiran:
a. menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama,
contoh:
b – p (badang – padang)
d – t (datang – tatang)
l – r (lali – lari)
k – g (kalah – galah)

b. memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Untuk memahami bunyi bahasa, murid perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman berikut:
      i.        Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan bagaimana bahasa digunakan.
    ii.        Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
   iii.        Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar ialah satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

PROSES MENDENGAR
i. Membuat jangkaan: -
Apabila kita mendengar sesuatu, kita akan membuat jangkaan dalam fikiran terhadap apa yang kita dengar seterusnya.
Contoh: apabila kita mendengar berita kebakaran, kita akan membuat jangkaan tentang kemungkinan peristiwa yang akan berlaku berkaitan dengan kebakaran. Apabila jangkaan seperti ini dibuat, kita dapat mendengar dengan lebih berkesan lagi.

ii. Menentukan tujuan:
Murid perlu menentukan tujuan ia mendengar, sama ada untuk hiburan, pengetahuan atau maklumat. Mendengar tanpa tujuan adalah tidak berguna.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR
a)    Fizikal – murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna, tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu; ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

b)   Jantina – terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

c)    Status sosioekonomi – latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

d)   Gangguan bunyi – bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar.

e)    Mental – kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka.

KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM KBSR
Program Bahasa Melayu KBSR memberi penekanan kepada kemahiran asas berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap kemahiran ini diajar secara gabung jalin. Penggunaan satu-satu kemahiran ini akan mempengaruhi penguasaan kemahiran yang lain.
Dalam mempelajari bahasa akan wujud perbualan; dan perbualan memerlukan kesepaduan antara kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur. Begitu juga, kemahiran mendengar boleh membantu murid menguasai kemahiran menulis. Kemahiran mendengar yang kurang baik menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membezakan bunyi-bunyi bahasa yang didengarnya. Oleh itu, ia mungkin menulis menurut apa yang didengarnya, yang berbeza daripada ujaran sebenar. Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca. Dengan itu pengukuhan kemahiran mendengar juga membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.

MASALAH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR
a)    Kekeliruan dalam membezakan bunyi
b)   Kelemahan dalam memahami apa yang didengar
c)    Tidak cekap dalam memproses maklumat
d)   Kelajuan dalam pertuturan
e)    Gaya pertuturan – tekanan, intonasi, nada, jeda, kepanjangan dan dialek.

PEMILIHAN BAHAN DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
a)    Alat elektronik – radio, televisyen, video, karaoke, pita rakaman boleh membantu kerana bahagian-bahagian tertentu boleh diulang tanpa perubahan suara, intonasi dan sebagainya.

b)   Bahan rangsangan – bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran mendengar, contohnya:
Bahan bentuk prosa:
Cerita, kuiz
Pesanan, temu ramah
Peraturan, syarahan
Iklan, laporan
Pengumuman, perbahasan
Perbualan/dialog, taklimat
Berita, wawancara
Ucapan, mesyuarat
Perbincangan, kempen
Surat, drama

Bahan bentuk puisi:
Pantun, syair
Sajak, nyanyian
Bahasa berirama

Bahan bentuk grafik
Pelan, rajah
Jadual, peta
Borang, graf
Gambar foto, carta
Gambar rajah

Bahan-bahan ini boleh dicetak dan dirakamkan dalam bentuk audio dan video. Semasa menyediakannya guru perlu memastikan bahan-bahan ini tidak terlalu panjang dan hendaklah disesuaikan dengan kebolehan murid.

AKTIVITI MENDENGAR

Ada 2 peringkat:
      i.        mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh:
a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi:
ladang - padang
pantai - pandai
lali - lari
galah – kalah
b. latih tubi pemintal lidah:
Pandang pandan depan padang.
Letak tulang atas dulang
Berat beras dua belas kilo
Dari darah dari nanah yang punah di tanah
c. memadankan perkataan dengan gambar:
Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai.
A = buku
B = kuku
C = duku

    ii.        Mendengar untuk memahami dan bertindak balas.

Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah:
(a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
(b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama.
(c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.

1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas:
a. Melakukan pergerakan mengikut arahan:
”Duduk”
”Tututp pintu”
”Berdiri tegak, rapatkan kaki.”
”Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan”
”Pusing kiri”
”Pusing kanan”

b. Menandakan butiran yang berkaitan.
Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman.
Contoh:
Seorang perempuan membawa tiga orang anaknya ke sebuah restoran dan memesan makanan daripada pelayan restoran tersebut.
”Berikan saya secawan teh, dua pinggan nasi lemak dan sepinggan bihun goreng.”

Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiran-butiran berkenaan.
Makanan; Minuman

Pulut panggang; Kopi
Mi rebus; Teh
Bihun goreng; Nescafe
Kek; Milo
Karipap; Air sejuk
Nasi lemak; Sirap

c. Menandakan betul atau salah.

Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi.

d. Menyusun gambar.
Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul.

e. Mendengar dan memilih gambar.
Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar.

f. Melukis bahan berbentuk gragik.
Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh:

Guru bercerita:
”Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul.”

Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan.

g. Menandakan lokasi dan arah perjalanan.
Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar.
Contoh:
Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta berkenaan.

h. Mengisi jadual.
Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan.
i. Teka siapa saya.
Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki.
Contoh:
”Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?”

2. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama.
Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar.
Contoh aktiviti:
i. Menjawab soalan kefahaman.

Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada ”Hari Guru”. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.

ii. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan.
Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.

3. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang.
Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali.

Contoh aktiviti:
i. Mengkategorikan fakta.
Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini, murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan.

ii. Menilai perwatakan.
Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur.

iii. Mendengar untuk mencantum maklumat.
Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan.

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Dalam melaksanakan aktivit mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan pengajaran. Perancangan ini boleh dibuat mengikut peringkat berikut:

(a) Peringkat pramendengar
(b) Peringkat semasa mendengar
(c) Peringkat selepas mendengar

(a) Peringkat pramendengar
• Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
• Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan.
• Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
• Guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikuti aktiviti.

(b) Peringkat semasa mendengar
• Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
• Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul semasa aktiviti mendengar dijalankan.

(c) Aktiviti sesudah mendengar
• Guru menghuraikan tentang perkara yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.
• Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
• Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.
• Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah digabungjalinkan dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain dalam satu waktu pengajaran bahasa. Misalnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur.

Aktiviti mendengar hendaklah dijalankan secara berterusan sebagaimana kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan guru perlu meningkatkan tahap kesukaran bahan secara beransur-ansur sesuai dengan kebolehan murid.

Daripada contoh aktiviti yang diberikan, berbagai-bagai teknik boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti mendengar ini lebih menarik dan mencabar seperti teknik bercerita, soal-jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian.

PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR
Bagi sesuatu tugasan aktiviti mendengar, murid perlu mendapat maklum balas dengan segera agar ia dapat membetulkan kesilapan dan mengukuhkan kemahiran yang sedang dikuasainya. Oleh itu, penilaian perlu dijalankan sama ada secara formatif atau sumatif. Perlu diingat bahawa lazimnya guru dapat menilai kemahiran mendengar seseorang murid melalui tindak balas yang ditunjukkannya dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Berikut diberikan beberapa contoh penilaian tentang beberapa aspek kemahiran mendengar:
(a) Sebutan, tekanan, jeda, intonasi:
Murid mengenal pasti di manakah letaknya tekanan atau jeda dalam sesuatu ayat supaya lebih memahami maknanya. Di samping itu, murid juga haruslah dapat menyebut perkataan yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang baik.

(b) Mendiskriminasikan bunyi dan perkataan:
Murid mengenal pasti sesuatu yang didengar supaya dapat membuat perbezaan bunyi huruf dan perkataan. Contoh:
dedak - ledak
bagi - baki
keras - kerat, dll

(c) Kefahaman terhadap teks yang didengar:
Murid boleh diperdengarkan pelbagai bentuk teks seperti cerita, ucapan, pengumuman, dialog, berita dan iklan. Guru boleh menguji kefahaman yang terdiri daripada pelbagai aras kognitif.

Contoh soalan mengikut aras kognitif:
i. Siapakah yang melawat Pusat Pertanian Daerah? (pengetahuan)
ii. Tuliskan tiga perkara yang diterangkan oleh pegawai pertanian kepada pelawat-pelawat tersebut. (kefahaman)
iii. Pada pendapat kamu, mengapakah beberapa orang pegawai pertanian dihantar berkursus di luar negeri? (sintesis)

(d) Daya memahami dan memproses maklumat:
Segala maklumat yang didengar perlu difahami dan dapat disampaikan dengan betul kepada orang lain. Murid yang cekap dapat menyampaikan maklumat itu tanpa mengubah maksud asal. Contoh:

Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. Guru menyampaikan suatu berita kepada seorang murid dalam setiap kumpulan. Murid berkenaan diminta menyampaikan berita itu kepada kawan di sebelahnya. Aktiviti ini diteruskan sehingga berita itu sampai kepada murid terakhir dalam kelas tersebut. Murid yang terakhir diminta menerangkan berita yang diterimanya kepada kelas.

Melalui aktiviti ini guru boleh menilai sejauh manakah maklumat yang diterima itu disampaikan dengan betul dan tepat.

(e) Kemahiran menentukan isi-isi penting:
kemahiran ini boleh dinilai melalui latihan mengambil pesanan daripada perbualan melalui telefon. Guru boleh memperdengarkan perbualan melalui telefon antara seorang kakak dengan adiknya.
Daripada perbualan yang didengar, pelajar diminta untuk mencatatkan beberapa isi penting.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur memerlukan dua proses:
i. Proses mental – pengetahuan bahasa
ii. Proses fizikal – menggunakan organ-organ ujaran untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

Terdapat pula dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu:
i. Unsur-unsur prosodi – intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda.
ii. Unsur-unsur paralinguistik – penggunaan isyarat dan pergerakan anggota badan, mimik muda, dsb.

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERTUTUR

KBSR menekankan pengajaran bertutur bagi membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, dengan guru, dengan ibu bapa serta aktiviti pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid dapat:

  i.        Menyebut dengan jelas
 ii.        Menyampaikan pendapat
iii.        Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepat
iv.        Memberikan penerangan / alasan
 v.        Menunjukkan arah
vi.        Membina soalan untuk mendapatkan maklumat
vii.        Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog
viii.        Bertukar-tukar fikiran / maklumat
ix.        Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
 x.        Bertutur dengan menggunakan bahasa yang bertatasusila.

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)

      i.        Peringkat penerimaan mendengar dan memahami

Iaitu latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi, frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran dan kefasihan berbahasa. Pada peringkat ini murid diperdengarkan contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung daripada guru atau rakaman.

    ii.        Peringkat penghasilan semula bertindak balas

Peringkat ini murid dilatih bertutur dengan menumpukan aspek-aspek:
(a) Sebutan bunyi tunggal, seperti [m], [l], [r], [s], dsb.
(b) Sebutan perkataan yang melibatkan vokal dan diftong seperti ambor, pantai, pulau, saat, baik, air, dsb.
(c) Nada yang sesuai seperti bertanya, meminta kepastian, permintaan, dsb.
(d) Aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, struktur ayat, dsb.
(e) Penggunaan laras mengikut situasi, tujuan, pendengar, dsb.
(f) Aspek makna, ayat dan wacana yang tepat dan sesuai.

FUNGSI-FUNGSI PERTUTURAN

i.      Fungsi peribadi kemampuan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan atau hajat mereka dengan jelas dan tepat.
ii.      Fungsi perhubungan mengisi keperluan harian. Contoh:
- melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
- Berkongsi kegembiraan seseorang
- Menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
- Meminta diri
- Meminta maaf dan memberi kemaafan
- Memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain
- Menyatakan penghargaan dan berterima kasih
- Menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
- Menyatakan ketidaksetujuan
- Mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercakap

iii.     Fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat-ayat arahan / permintaan ketika mengarah, memohon, memberi cadangan, meyakinkan orang lain, dsb.

iv.     Fungsi menyoal bertujuan melatih murid supaya dapat membina soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.

v.      Fungsi merujuk berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Dalam pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat seperti penggunaan kata, struktur ayat dan aspek morfologi.

vi.     Fungsi imaginasi bertujuan melatih murid dapat menggunakan bahasa secara kreatif semasa bertutur. Contoh:
- mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang betul
- menggunakan bahasa berirama
- bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
- bercerita secara kreatif

vii.    Fungsi menyampaikan maklumat melatih murid menyampaikan maklumat secara lisan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI BERTUTUR DALAM KBSR

• Mengaitkan aksi dengan pertuturan
• Menjawab soalan-soalan rakan atau guru
• Membina soalan berdasarkan bahan
• Memberi arahan kepada rakan-rakan
• Menerangkan gambar atau bahan grafik
• Berbual melalui telefon
• Bercerita berdasarkan cerita yang telah diketahui atau menceritakan pengalaman sendiri
• Membuat laporan berdasrkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan
• Membina sudut pembelajaran seperti kedai, perpustakaan, pejabat pos, bank, dan kemudahan awam yang lain dan berbual mengenainya secara spontan.
• Permainan komunikatif
• Mengadakan perbahasan, perbincangan, forum dan aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan murid mendengar dan kemudian melahirkan pendapat, persetujuan, keraguan atau menambah maklumat.
• Merakamkan perbahasan atau berita untuk perbincangan lanjut
• Main peranan
• Drama. Dll.


PERANCANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR

Perancangan merangkumi 3 peringkat:
i. Peringkat persediaan
ii. Peringkat pelaksanaan
iii. Peringkat susulan dan penilaian

i. Peringkat persediaan

(a) Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta memberikan contoh.
(b) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti. Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang mungkin perlu.
(c) Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

ii. Peringkat pelaksanaan aktiviti

(a) Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
(b) Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian.

iii. Peringkat susulan dan penilaian

Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan.

Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan pembelajaran murid.

PENGGUNAAN ALAT / BAHAN DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR

Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan. Alat / bahan bantuan mengajar dalam kemahiran bertutur termasuklah:

(a) Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnhya:
i. Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pengucapan.
ii. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.
iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

(b) Objek sebenar: objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid:
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan pita rakaman.
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman atau tayangan filem/video.
iii. Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan-bahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur.

(c) Gambar: elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon, berpuisi, berdialog, dsb.

(d) Grafik: pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk bertutur seperti:
i. Carta pai – palang; lingkaran; carta organisasi, dsb
ii. Jadual – jadual waktu; perjalanan; jadual tugas; dsb.
iii. Pelan / peta – arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat, dsb/

(e) Kad:
i. kad perkataan
ii. kad arahan / kad peranan.

(f) Bahan nyanyian, puisi dan permainan:
i. Mencipta senikata lagu berdasarkan irama popular
ii. Meneka siapa saya
iii. Kotak beracun
iv. Teka-teki, dsb.

(g) Alat / bahan yang dibeli:
i. Makmal bahasa untuk latihan sebutan, intonasi, tekanan, nada, jeda, dsb.
ii. Filem, slaid, video, tv, radio, perakam kaset, dsb.
iii. Komputer.

MENULIS RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN LISAN : MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).

 PERANCANGAN AKTIVITI LISAN MELIBATKAN TIGA PERINGKAT BERIKUT

·         Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu:
a.    Guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara   mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya
      Contoh aktiviti : guru dan beberapa orang murid menunjukkan simulasi cara melintas jalan.
b.    Guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan, bahan  stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P.
      Contoh aktiviti  : Guru menunjukkan beberapa keping gambar kesalahan melintas jalan raya.
c.   Guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu  berada dalam keadaan baik,  mencukupi, boleh digunakan dan murid  tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.

·         Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu :

a.    Murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan
b. Guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.

·         Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap
paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada :

a.    Objektif pengajarannya tercapai atau tidak
b. Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
c. Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan.

TINDAKAN SUSULAN
-       Aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah)
-        Aktiviti pengayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).

OBJEKTIF, LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI

a.    Mendengar dan memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah;
b.    Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 1983 :3)

      Berdasarkan KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah seperti berikut:
-       Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
-       Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
-       Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
-       Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
-       Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
-       Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang  mengandungi kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
-       Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
-       Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR

Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya ( Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd. Rahman, 1992:21-22)
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu:
-       Peringkat pramendengar (sebelum)
-       Peringkat semasa mendengar (semasa)
-       Peringkat selepas mendengar (selepas)

Peringkat Pramendengar
1.    Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid  terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
2.    Seterusnya, guru memberi gambaran  yang menyeluruh tentang apa yang hendak  diperdengarkan.
3.    Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan  dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
4.    Akhirnya, guru memastikan  murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.

Peringkat Semasa Mendengar
1.    Guru  memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
2.    Guru juga perlu mengatasi sebarang  gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat  Selepas Mendengar
1.    Guru  menghuraikan kembali tentang apa yang tidak difahami oleh murid dalam bahan  rakaman.
2.    Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
3.    Guru juga memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan.
4.    Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.
5.    Pengajaran kemahiran mendengar digabungjalin dengan satu atau lebih  kemahiran bahasa yang lain. (mendengar + bertutur)
6.    Teknik bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian tarik minat

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49), iaitu :
-       Peringkat persediaan ( sebelum)
-       Peringkat pelaksanaan aktiviti ( semasa)
-       Peringkat susulan dan penilaian ( selepas)

Pada peringkat persediaan, terdapat tiga  perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu:
i.         Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau  melakukan tunjuk cara serta memberi contoh.
ii.       Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti (kad kiu, kertas edaran  dan lain-lain)
iii.           Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua perkara  yang dilaksanakan iaitu :
i.              Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
ii.            Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan  yang menjalankan aktiviti.

Peringkat-peringkat susulan dan penilaian

i.        Penilaian dijalankan secara berterusan (perbincangan- memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid.)

ii.      Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan.


Kemahiran Membaca

Definisi Membaca

* Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik, iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
* Membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan.
*Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
* Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.
*Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.

Tujuan Membaca

1)    SERTA MERTA
2)    LANJUTAN

Tujuan Membaca Serta Merta

*  Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan.
*  Apabila  seseorang   murid   dikatakan   ‘boleh membaca’, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak,   boleh   membaca   dengan   serta- merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan.
*Selain itu, ‘boleh membaca’ juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
* Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan- tujuan yang lain, antaranya:
  •      untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul.
  •       Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan.
  •       Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca.
  •       Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

Tujuan Membaca Lanjutan

*Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri.
*Murid  seharusnya  dapat  berfikir  dan  melahirkan  fikiran  dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka  menambah  satu  lagi  alat  perhubungan  iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.
*  Tujuan lanjut bermatlamat;
      Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung muridan.
     Merapatkan  lagi  diri  dengan  masyarakat  dan memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.
      Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.  Menjadikan bahanbahan perbandingan dengan orang lain.
      Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
* Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut;

  1.       Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.
  2.       Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.
  3.       Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan yang dibacanya.
  4.       Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi yang dibaca dengan pantas.
  5.       Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.
  6.       Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan cepat, jelas dan tepat.
  7.       Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.
  8.       Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza.

Proses Membaca

*      MENGECAM, MEMILIH, MAKNA
*      HUBUNGKAIT IDEA, SUSUN
*      GENERALISASI
*      PENILAIAN

Jenis Bacaan

*      MEKANIS
*      MENTALIS
*      INTENSIF
*      EKSTENSIF

Peringkat Kemahiran Membaca

*      KESEDIAAN MEMBACA
*      PRABACAAN
*      AKTIVITI MEMBACA
*      MEKANIS
*      MEMBACA DAN MEMAHAM


Peringkat Kemahiran Membaca 2

*      PENUBUHAN MAKNA
*      PENTAFSIRAN MAKNA
*      PERUMUSAN MAKNA
*      PENILAIAN MAKNA

Teknik Membaca

*         SQ3R
*       KWLH
*       DR-TA

Perancangan dan Penilaian Bacaan

*           PERANCANGAN
*        MEMILIH BAHAN
*        MENILAI


Kemahiran Menulis

DEFINISI 

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

PERINGKAT PERKEMBANGAN MENULIS

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.  Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain.  Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.  Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.  Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.

 JENIS KEMAHIRAN MENULIS

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

MEKANIS
Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.   Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam  menulis perkataan-perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).  Kanak-kanak berkeperluan khas  bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah.  Mereka didapati sukar menulis  huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf  yang salah.

MENTALIS
Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita,  dan sebagainya.  Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.  Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan  oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.  Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti  menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGAJARAN MENULIS

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari.  Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan  jari seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan
 dan permainan tertentu.  Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):
i.              peringkat pra menulis
ii.            peringkat mendirikan  asas (peringkat mekanis)
iii.           peringkat untuk pelahiran (mentalis)

Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.  Pada peringkat ini  otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas.  Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk  yang dilihat.

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.  Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i.              Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.
ii.            Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
iii.           Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
iv.           Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.
v.             Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.
vi.           Melukis garis condong.
vii.          Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk
viii.         Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan  bentuk huruf-huruf tersebut.

Peringkat Mekanis

Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar  menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:
• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.
• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
• Latihan menulis huruf dalam suku kata.
• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
• Latihan menamakan gambar-gambar.
• Latihan menyalin frasa atau ayat.
• Latihan menyalin ayat daripada buku.

Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.
Contoh Aktiviti:
• Menulis jawapan pemahaman
• Menulis karangan
• Menulis ayat berdasarkan gambar
• Membina ayat
• Memanjangkan ayat
• Menulis rencana
• Mengisi silang kata
• Melengkapkan ayat.

JENIS PENULISAN
 Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu karangan, penulisan ringkas, penulisan untuk majlis rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.

TERKAWAL
Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam karangan terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
• Contoh :
(i)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.
(ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

SEPARA TERKAWAL
Karangan separa terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
• Contoh :
(i)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataanperkataan lain yang telah disediakan.

BERPANDU
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.
• Contoh:
(i) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
(ii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.
(iii) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

SEPARA BERPANDU
Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.
• Contoh :
(i)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.
(ii) Menyudahkan cerita.
(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.
(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.
(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

BEBAS
Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti berikut :
• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
• Kreatif: puisi, cerpen, drama
• Imaginatif: pengalaman.

PERANCANGAN AKTIVITI MENULIS

Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

PERINGKAT PENGAJARAN

Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

PRA MENGARANG
(i) Berbincang untuk menentukan format
(ii) Berbincang untuk menentukan isi
(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain
(iv) Membuat peta minda atau carta aliran cerita
(v) Menentukan watak
(vi) Menyaring bahan
(vii) Menulis draf

SEMASA MENGARANG
(iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan
(ii) Menentukan format
(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.
(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

PASCA MENGARANG
(i) Menyemak karangan
(ii) Melakukan pembetulan
(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu
(iv) Menghantar karangan


Kemahiran Berbahasa Tatabahasa

KOMPONEN SISTEM BAHASA

* Tatabahasa
* Sistem Ejaan
* Kosa kata
* Sebutan dan Intonasi
* Peribahasa

PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA

* Utamakan aspek penggunaan mengikut konteks
* Bermula mudah ke kompleks
* Tidak menghafal rumus
* Diajar secara terancang
* Pemilihan pendekatan yang sesuai

KONSEP ASPEK TATABAHASA
  • Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.
  • Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
  • Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF ASPEK TATABAHASA

Adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

  1. memahami dan menggunakan kata nama am hidup merujuk bukan manusia, kata nama khas hidup bukan  manusia dan kata  kata ganti nama diri merujuk kepada gelaran dan panggilan mengikut konteks;
  2. memahami dan menggunakan kata kerja  terbitan dan kata adjektif ukuran dan bentuk dengan betul mengikut konteks;
  3. memahami dan menggunakan kata hubung gabungan dengan betul mengikut konteks;
  4. memahami dan menggunakan kata sendi nama  menunjukkan  tempat, arah dan masa dengan betul mengikut konteks;
  5. memahami dan menggunakan imbuhan awalan meN- dan imbuhan  apitan  dengan betul mengikut konteks;
  6. memahami dan menggunakan kata ganda penuh dalam pelbagai situasi dengan betul mengikut konteks;
  7. memahami dan membina ayat tunggal dengan menggunakan pelbagai pola ayat dalam sesuatu  situasi; dan
  8. memahami dan membina ayat dengan kata tanya dan tanpa kata tanya menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.

PERBEZAAN ASPEK TATABAHASA KBSR & KSSR

KBSR tatabahasa diajar secara penyerapan atau sisipan manakala KSSR pula tatabahasa diajar secara berfokus


Kemahiran Berbahasa Seni Bahasa

KONSEP ASPEK SENI BAHASA

  • Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
  • Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
  • Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
  • Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
  • Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
  1. Menyebut dan memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
  2. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
  3. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
  4. Melafazkan pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

PRINSIP ASPEK SENI BAHASA

  • Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
  • Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
  • Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
  • Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA

  • Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
  • Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan  serta menghayati seni bahasa itu.
  • Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard kandungan dan standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

RUMUSAN

Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam kurikulum standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melelui pelbagai kaedah pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai sastera atau seni.

No comments:

Post a Comment